Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

#PenaKool

Hari Braille Sedunia: Ini Cara Untuk Menyokong Komuniti OKU Penglihatan

today4 January 2025

Background

Hari Braille Sedunia disambut setiap tahun pada 4 Januari, bagi menghargai kepentingan tulisan Braille kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan. Tulisan ini bukan sekadar alat komunikasi, tetapi ia adalah kunci kepada pendidikan dan kehidupan mereka.

Pagi On Point Bersama Pak Nil, Haiza dan Muaz berkesempatan menemu bual Encik Muhd Firdaus, OKU penglihatan yang juga wakil Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). PERTIS merupakan satu-satunya persatuan Islam buat OKU penglihatan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Perbezaan Braille dalam rumi dan ayat Al-Quran

“Dari sudut tulisan, ia berbeza. Dari sudut bacaan, susunan hukum mad itu semua tidaklah berbeza. Cuma untuk tulisan kalau untuk orang biasa, baris-baris itu dia berada di atas, di bawah dan di depan kan. Tetapi untuk OKU penglihatan, baris berada di sebelah huruf yang berkenaan.”

Firdaus berkata, keunikan Braille yang mempunyai 6 titik dalam satu sel ialah kebolehan untuk disusun sehingga 63 bentuk. Dari 63 bentuk ini, ia boleh mewakili banyak bahasa di dunia ini, termasuk Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

Adakah mudah untuk mendapatkan bahan bacaan Braille?

“Start tahun 2000 ke atas, sudah mudah sebenarnya untuk mendapatkan bahan bacaan sebab dah banyak. Komuniti OKU ini dia buka syarikat dan persatuan untuk dapatkan tender dengan Kementerian Pendidikan untuk buat buku teks. Untuk ditukarkan buku teks itu daripada tulisan biasa kepada tulisan Braille.”

Firdaus berkata, Al-Quran Braille ini mula aktif pada tahun 1996 namun sebelum tahun 2000 masih sukar untuk mendapatkan bahan bacaan Braille termasuklah Al-Quran Braille. Katanya sebelum ini, pemilikan Al-Quran Braille bagi seorang OKU mempunyai satu Al-Quran Braille agak sukar namun sekarang lebih mudah.

Peranan Braille dalam kehidupan seharian

Walaupun teknologi makin canggih dengan adanya voice screen reader dan pelbagai kaedah untuk membaca bagi OKU penglihatan namun Firdaus berkata kemahiran membaca Braille sememangnya tidak boleh dilupakan. Jika pergi mana-mana tempat dimana teknologi tidak dapat diakses, Braille juga yang dicari.

“Macam contoh Al-Quran, OKU penglihatan boleh dengar dan boleh faham. Tetapi apabila mereka nak memahami satu per satu ejaan dalam Al-Quran itu perlu kembali kepada mashaf Braille juga.”

Berapa lama mengambil masa untuk belajar Al-Quran Braille?

Jangkaan masa untuk belajar Braille biasa adalah 3 hingga 4 bulan manakala bagi Al-Quran Braille pula mengambil masa yang lebih lama antara 6 hingga 8 bulan. Firdaus yang memegang jawatang sebagai Ketua Editor untuk Pencetakan Al-Quran Braille dan Kitab-Kitab di PERTIS, juga terlibat dalam penghasilan muqaddam dan Al-Quran Braille, selain panel penulis Al-Quran dan juga penyemak Al-Quran.

Apa yang kita boleh lakukan untuk menyokong komuniti OKU penglihatan?

“Kalau boleh, untuk mana-mana jabatan, pemilik bangunan, pejabat-pejabat, agensi kerajaan atau pusat membeli belah di Malaysia ini yang selalu orang akan pergi, boleh selitkan juga tulisan Braille untuk menyatakan ini pejabat apa.”

Beliau juga menyeru pemilik bangunan dan lain-lain yang ingin menyediakan fasiliti buat OKU penglihatan di tempat mereka khususnya titik-titik Braille, rujuklah kepada komuniti OKU penglihatan itu sendiri supaya titik Braille itu dapat dibentukkan dengan sempurna. 

Firdaus berkata, penting untuk tandas OKU penglihatan dibezakan untuk lelaki dan perempuan, kerana golongan ini pernah dihantar ke tandas yang salah apabila bertanya kepada orang sekeliling. Hal ini merisaukan mereka kerana ketidakupayaan untuk melihat menyukarkan lagi situasi golongan OKU penglihatan,

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PERTIS di laman web PERTIS.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Dengarkan perbualan penuh Pagi On Point Bersama Pak Nil, Haiza dan Muaz di KoolCast sekarang.

 

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post

Hiburan Semasa

Aaron Aziz rakan kongsi Persada Global Holidays

Kuala Lumpur: Pelakon tersohor, Datuk Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada syarikat umrah dan percutian terkenal, Persada Global Holidays. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 January 2025