Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Hari Cuci Malaysia 2025

today16 May 2025

Background

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tahunan yang dikenali sebagai Hari Cuci Malaysia, dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan di seluruh negara. Ia akan disambut pada Sabtu terakhir setiap bulan September. Acara ini diketuai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan penyertaan pelbagai pihak dari sektor awam, swasta, dan komuniti setempat.

Acara ini melibatkan pendekatan ‘whole of nation’, yang bermaksud semua pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, badan swasta, dan masyarakat umum berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

Hari Cuci Malaysia bagi tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu, 27 September 2025 dan akan dijalankan serentak di seluruh negara.

Maklumat lanjut di laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post