Site icon Kool FM

HARI DIABETES SEDUNIA 2026 NEGERI SEMBILAN

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Endokrin Hospital Tuanku Ja’afar Seremban akan menganjurkan Hari Diabetes Sedunia 2026 Negeri Sembilan pada 14 November 2026, dari jam 10 pagi hingga 2 petang di Seremban Prima Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti disediakan, termasuk senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah, serta pemeriksaan mata (fundus). Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pemakanan, diabetes, ubat-ubatan, fisioterapi dan jurupulih cara kerja, selain menyertai aktiviti interaktif serta mengunjungi reruai pameran. Reruai, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat akan dikendalikan oleh profesional perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Poster Acara
Exit mobile version