Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya sebelum ini.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskannya selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.
Baca Juga:
“Hari ini hari yang gelap untuk saya,” kata Yasin sebaik dibawa polis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.
Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.
Bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: