Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan skuad Harimau Malaya membawa skuad terbaik bagi menghadapi kejuaraan Asean 2024.
Menurut Pengarah Teknikal FAM iaitu Scott O’Donell, jadual padat yang dihadapi oleh kelab Liga Malaysia terutamanya yang beraksi di peringkat Asia tidak akan menjejaskan pemilihan pemain bagi skuad kendalian Pau Marti.
Baca Juga:
“FAM yakin skuad Harimau Malaya mampu mengumpulkan barisan pemain yang berkaliber untuk memastikan hanya yang terbaik dipilih bagi kejuaraan berprestij ini.
“Kejuaraan ASEAN dalam setiap edisinya sentiasa menjadi trofi yang sangat diidamkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Penyumbang pemain terbesar bagi skuad Harimau Malaya ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ketika kejuaraan Asean sedang berlangsung, kelab itu turut mempunyai perlawanan dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite.
Satu lagi kelab iaitu Selangor yang beraksi dalam saingan AFC Champions League 2 turut mempunyai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: