Peluang skuad Harimau Malaya untuk berada dalam balang 1 undian Kelayakan Piala Asia 2027 semakin sukar selepas tewas 0-4 kepada pasukan di ranking ke-95 dunia, New Zealand pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.
Kekalahan ini menyaksikan skuad bimbingan Pau Marti Vicente pulang ‘tangan kosong’ selepas gagal meraih sebarang mata ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk bulan Oktober.
Baca Juga:
Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 merupakan ‘talian hayat’ skuad negara untuk memperbaiki kedudukan ranking demi memburu tempat dalam balang 1 Kelayakan Piala Asia 2027.
Bagaimanapun, peluang untuk memintas pesaing terdekat, India sangat tipis selepas negara itu berjaya mengutip mata ranking FIFA hasil keputusan seri 1-1 menentang Vietnam.
Berdasarkan kedudukan tidak rasmi ranking FIFA, ketika ini Malaysia dan India hanya dipisahkan 19.87 mata. India berjaya memperolehi tambahan mata sekaligus berpeluang naik satu anak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: