Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Jaringan tunggal Mohamad Faisal Abdul Halim memberikan sedikit kelebihan buat Malaysia selepas berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Berdepan lawan yang dibarisi pemain dengan kualiti individu baik menyaksikan skuad negara ditekan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan, Kim Dae Yong.
Skuad kendalian Mano Polking itu menguji gawang Malaysia seawal minit kelima apabila Ekanit Panya melakukan hantaran jauh cantik kepada Teerasil Dangda.
Bagaimanapun, tandukan yang dilakukan peledak berbisa Thailand itu dalam kawasan penalti hanya sedikit melewati palang gol.
Ketika Thailand terus mengawal permainan, Malaysia mengambil kesempatan untuk membuatkan pasukan lawan terkedu buat seketika apabila Faisal Halim berjaya membuka tirai jaringan pada minit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
