Skuad Harimau Malaya ibarat melepaskan geram selepas berehat selama dua bulan tanpa perlawanan kompetitif apabila berpesta gol menewaskan Nepal 5-1 pada aksi persahabatan semalam.
Perlawanan yang berlangsung secara tertutup itu diadakan sebagai pemanas badan untuk persiapan menghadapi Oman pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada 22 Mac ini.
Baca Juga:
Ia juga dimainkan selama 140 minit dengan pertukaran pemain dilakukan pada separuh masa untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan kecergasan perlawanan.
Beberapa tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti Syihan Hazmi, Romel Morales, Syamer Kutty dan Endrick Dos Santos antara pemain yang baru lapor diri turut diberi peluang beraksi.
Malah, Faisal Halim yang merupakan penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 dilantik sebagai kapten untuk aksi persahabatan tersebut.

Ketika perlawanan itu, Harimau Malaya terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: