Skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan selepas mengejutkan Palestin 1-0 pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Beraksi tanpa trio pertahanan utama iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal dan Dion Cools, bukanlah menjadi satu masalah besar buat skuad Harimau Malaya.
Ia berikutan aksi baik ditampilkan Shahrul Mohd Saad, Harith Haiqal Adam Afkar dan Dominic Tan ketika mengemudi jentera pertahanan negara.
Harimau Malaya Mengaum
Lawan yang berada di ranking ke-98 dunia itu tersentak seawal minit ketiga apabila Joao Vitor Figueiredo berjaya membuka tirai jaringan.
Berpunca daripada satu hantaran lintang rendah cantik dilakukan Quentin Cheng di sebelah kiri pintu gol Palestin, Figueiredo pantas menguis masuk bola bagi meletakkan Malaysi dihadapan.
Corak serangan berpaksikan hantaran lintang menerusi Quentin jelas di sebelah sisi jelas cukup berbahaya buat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: