Site icon Kool FM

Harimau Malaya Tarik Perhatian Bekas Kapten Korea Selatan

Azmil Azali Piala Asia


Bekas kapten Korea Selatan, Koo Ja Cheol mengakui Malaysia antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di Piala Asia 2023 yang bakal bermula minggu depan.

Setelah lama tidak bersaing di Piala Asia, penampilan semula pasukan seperti Malaysia bakal menjadi tumpuan terutama dengan Harimau Malaya mempunyai penyokong yang hebat.

Artikel Berkaitan:

“Saya teruja melihat pasukan seperti Malaysia dan Hong Kong kini sudah kembali kerana mereka cukup terkenal dengan sokongan peminat yang bersemangat,” katanya.

Malaysia yang berada di ranking 130 dunia akan menentang Jordan pada 15 Januari, kemudian bertemu Bahrain pada 20 Januari. Perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada 25 Januari paling dinanti-nantikan oleh peminat.

“Saya fikir tindakan memperbesarkan pertandingan Piala Asia kepada 24 pasukan menjadikan kejohanan itu sangat menarik. Ia memberi peluang untuk melihat persaingan antara pelbagai negara di seluruh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version