Kool FM

Harimau Malaya Terus ‘Tempang’, Giliran Syihan Hazmi Digugurkan


Skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi apabila disahkan mengalami kecederaaan.

Beliau merupakan pemain ketujuh yang masuk dalam senarai kecederaan selepas Syafiq Ahmad, Darren Lok, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales.

Baca Juga:

Bagaimanapun, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak akan memanggil pemain lain bagi menggantikan tempat Syihan Hazmi kerana kekal dengan pemain sedia ada.

Tiga penjaga gol sedia beraksi iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Azri Ghani dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Kem latihan pusat Harimau Malaya kini disertai oleh enam lagi pemain iaitu Dion Cools bersama lima pemain JDT iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos.

FOTO: FAM

Mereka telah turun menjalani sesi latihan bersama malam tadi manakala pemain Selangor FC, Nooa Laine akan menyertai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version