Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) tekad buru kemenangan ke atas Vietnam pada aksi kedua Piala Asia B-23 malam ini demi menghidupkan peluang buru slot ke Sukan Olimpik.
Anak buah Juan Torres Garrido itu sudah belajar sesuatu daripada kesilapan ketika tewas 0-2 kepada Uzbekistan dan perlu bekerja lebih keras untuk meraih keputusan positif.
Baca Juga:
“Berdasarkan kepada prestasi pasukan, kita sentiasa meningkat setiap kali perlawanan. Peningkatan dapat dilihat selepas perlawanan dan kita mengetahui bukan mudah untuk menundukkan Vietnam.
“Apa yang boleh dilakukan adalah pemain perlu bekerja lebih keras lagi dan beraksi lebih terbuka apabila menentang pasukan itu.
“Paling penting adalah tidak lagi melakukan kesilapan mudah hingga memberi peluang pada lawan menjaringkan gol,” kata Garrido dalam Arena Metro.
📅AFC U23 ASIAN CUP 2024 | Group D (20/4)
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: