Pemain pertahanan negara, Harith Haiqal meluahkan rasa keterujaan beliau apabila Nidzam Jamil dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Selangor bagi menggantikan Tan Cheng Hoe.
Harith tersenarai dalam skuad senior bimbingan Kim Pan-gon bagi menghadapi Oman dalam aksi pusingan kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 21 dan 26 Mac ini.
Baca Juga:
Bercakap kepada media sebelum terbang ke Muscat, Harith Haiqal memberi pendapat beliau mengenai pelantikan Nidzam sebagai ketua jurulatih baharu Selangor.
“Saya gembira dengan pelantikan Nidzam sebagai ketua jurulatih kerana sejak tiga musim yang lalu, beliau memegang jawatan sebagai penolong. Dia mengenali semua pemain dan itu merupakan kelebihan bagi beliau.
“Di atas padang, Nidzam Jamil seorang yang tegas. Di luar padang, dia menganggap kami seperti keluarga. Apa yang saya boleh katakan ialah beliau seperti seorang figura ayah yang sentiasa memberikan nasihat mengenai kehidupan dan juga bola…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
