Site icon Kool FM

Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000 Ekoran Hina Islam

Hina islam


Akibat daripada kandungan dan komen yang dianggap menghina agama Islam di Facebook, pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.

MCMC memaklumkan bahawa tindakan tersebut dapat diambil setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

“Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu,” katanya.

Selepas menerima permintaan daripada MCMC, Meta mengambil tindakan dengan memadamkan kandungan yang bertentangan dengan garis panduan komuniti Facebook.

Malah, MCMC memaklumkan yang permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit sudah pun dilakukan dan sedang diteliti oleh pihak Meta.

Sebelum ini, Cecelia Yap, yang dikritik kerana hantaran yang dianggap menghina agama Islam berkaitan isu ‘ham’, telah memohon maaf…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version