KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Harmoni Dan Prihatin Malaysia (Harmoni Prihatin) komited dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin sejak perang tercetus dan sehingga kini jumlah sumbangan mencecah hampir RM1 juta.
Pengasasnya, Nor Hashim Abdullah berkata, ia melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM15,000 sehari menerusi program ‘Harmony Kitchen Gaza’.
Menurutnya, iai bagi penyediaan makanan kepada 4,000 rakyat di enam kem pelarian di Nuseirat, Khan Younis, Mawasi, Bandar Gaza dan Utara Gaza.
Beliau berkata, Harmoni Prihatin juga pernah membuka dapur di Rafah namun terpaksa ditutup kerana kawasan tersebut dibom hingga rata.

“Bantuan yang diberikan bukanlah makanan semata-mata namun turut meliputi pelbagai sumbangan lain termasuk bantuan keperluan asas seperti lampin pakai buang, susu bayi, ubat-ubatan, baju sejuk, barangan keperluan wanita, barangan dapur, wang tunai,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: