Site icon Kool FM

Hartalega kembali catat untung RM32 juta


PETALING JAYA – Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) memulakan tahun kewangannya dengan mencatat keputusan positif apabila menjana untung selepas cukai berjumlah RM32 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2024.

Prestasi ini menunjukkan syarikat telah berjaya pulih da­ripada defisit yang dicatatkan pada suku tahun yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Untung sebelum cukai bagi suku tahun dalam tinjauan meningkat kepada RM41 juta berbanding kerugian RM45 juta manakala hasilnya meningkat sebanyak 33 peratus kepada RM584 juta daripada RM440 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, keputusan prestasi Kumpulan yang memberangsangkan bagi suku tahun dalam tinjauan ini dipacu oleh pemulihan dalam jumlah jualan dan peningkatan purata harga jualan (ASP) dalam tempoh tersebut.

Menurut beliau, keuntungan disokong selanjutnya oleh kos operasi lebih rendah yang dicapai ekoran peningkatan tahap kecekapan pengeluaran,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version