KUALA LUMPUR – Hartalega Holdings Berhad menetapkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM300 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kuan Mun Leong, RM170 juta daripada peruntukan tersebut adalah untuk pelaburan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, manakala bakinya untuk menaik taraf automasi operasi.
“Pelaburan besar bagi meningkatkan teknologi bukan sahaja disebabkan persaingan, tetapi juga bertujuan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan,” katanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 Hartalega di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mun Leong berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan pengeluaran bulanan sebanyak 2.7 bilion keping sarung tangan menjelang akhir tahun kewangan 2025, berbanding kapasiti semasa yang mencecah 2.2 bilion keping.
Hartalega beroleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (TK2024), yang menunjukkan pemulihan syarikat daripada kerugian pada tahun kewangan lepas serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: