Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hasil kumpulan F&NHB naik kepada RM1.2 bilion

today5 May 2023

Background


PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) mencatat keputusan lebih kukuh bagi suku kedua berakhir 31 Mac 2023 (S2 TK2023) dipacu oleh prestasi yang lebih baik daripada semua unit perniagaan makanan dan minuman Kumpulan.

Hasil Kumpulan meningkat 8.9 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding  RM1.107 bilion tahun lepas.

Untung operasi Kumpulan pada S2 TK2023 meningkat sebanyak 15.1 peratus  kepada RM126.0 juta, manakala untung selepas cukai meningkat 8.6 peratus kepada RM102.0 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas walaupun terdapat kos faedah yang lebih tinggi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, momentum jualan yang positif hasil jualan musim perayaan dan sumbangan daripada Cocoaland menyaksikan Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) mencatatkan peningkatan hasil S2 sebanyak 15 peratus kepada RM707.6 juta berbanding suku kedua tahun lepas. 

Selain itu, bagi keputusan kewangan separuh pertama tahun berakhir 31 Mac 2023 (ST1 TK2023), hasil Kumpulan meningkat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post