PETALING JAYA – KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatat sejarah dengan merekodkan hasil suku tahunan tertinggi sebanyak RM1.03 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (S3 TK2024).
Buat julung kalinya, pertumbuhan Kumpulan melepasi paras RM1 bilion dalam hasil suku tahunan,
didorong oleh peningkatan bilangan pesakit dan kapasiti katil yang diperluaskan di seluruh
rangkaiannya.
Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) untuk suku ini direkodkan sebanyak RM139.6 juta, peningkatan dua peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) adalah sebanyak RM253.7 juta.
Tanpa mengambil kira keuntungan sekali sahaja sebanyak RM34.8 juta daripada hasil penutupan operasi di Indonesia pada S3 TK2023, EBITDA meningkat sebanyak 16 peratus, menandakan prestasi operasi yang kukuh.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, KPJ Healthcare melaporkan hasil
sebanyak RM2.87 bilion naik 15 peratus daripada RM2.50…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
