Site icon Kool FM

Havertz Hilang Kata-Kata, Hanya Mampu Mohon Maaf

Havertz


Kai Havertz memohon maaf kepada penyokong Jerman selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menjurus kepada kekalahan pada penentuan sepakan penalti Piala Dunia 2026 kepada Paraguay, awal pagi tadi.

Pemain jentera serangan tersebut sebelum itu telah menyelamatkan pasukannya dengan jaringan penyamaan dalam masa permainan biasa, namun kempen Piala Dunia skuad Die Mannschaft berakhir selepas kekalahan penalti 3-4.

Kekalahan yang sekali gus menjadi edisi ketiga berturut-turut Jerman gagal ke pusingan 16.

Havertz melalui malam yang sukar selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan tersebut. Nick Woltemade dan Jonathan Tah turut gagal menyempurnakan sepakan mereka ketika Paraguay memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

Kai Havertz Mohon Maaf

“Sedikit sukar untuk saya mencari kata-kata. Ini adalah Piala Dunia kedua saya dan kedua-duanya berakhir dengan sia-sia.”

“Saya agak buntu untuk berkata-kata,” ujar Havertz menurut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version