Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Hebat Betul Marketing’- Mesej Pada ‘Banner’ Kedai Ikan Di Pulau Pinang Ini Bikin Netizen Terhibur

today16 November 2021

Background


Seperti yang ramai sedia maklum, tujuan pemasangan banting adalah untuk mengwar-warkan sesuatu informasi kepada orang ramai. Dalam pada itu, sebuah kedai menjual ikan di Pulau Pinang nampaknya tampil berbeza daripada kebiasaan dengan meletakkan banting bagi tujuan yang berbeza.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @nightraveller_, beliau telah menunjukkan sebuah kedai di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang hadir dengan mesej yang ringkas namun berjaya mendapat perhatian ramai menerusi banting yang digantung.

Memaparkan ‘Tak tau nak print apa, elakkan sinaran matahari je’ pada banting, kedai ikan ini nampaknya berjaya meraih perhatian termasuk para netizen yang turut terhibur dengan mesej unik yang disampaikan.

Sumber: Tiktok @nightraveller_

Sumber: Tiktok @nightraveller_

Melihat kepada jumlah likes yang diterima sebanyak 10 ribu serta jumlah tontonan mencecah hampir 100 ribu jelas menunjukkan pemasaran kedai ini sama ada berniat untuk sebaliknya tercapai. Tahniah diucapkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post