PETALING JAYA – Hegira, anak syarikat Siti Khadijah Sdn. Bhd. telah membuka butik pertamanya di pusat beli-belah AEON Mall, Kota Bahru (KB), Kelantan baru-baru ini.
Pengasas Hegira, Suri Daman berkata, setelah tiga tahun beroperasi, ini merupakan langkah awal syarikat dalam usaha meluaskan penguasaan pasarannya dan bertujuan untuk memberi lebih pilihan kepada peminat jenama Hegira.
Menurut beliau, cawangan seterusnya adalah di sebuah pusat beli-belah utama di Putrajaya tidak lama lagi.
“Kami merancang untuk menjadikan Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh Malaysia mulai tahun ini dan seterusnya” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran butik sulung Hegira di AEON Mall Kota Bahru di sini baru-baru ini.
Selain itu, Suri menerangkan, jenama Hegira telah menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan koleksi Pin & Style…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: