
PETALING JAYA – Hektar Asset Management Sdn Bhd, pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) mengumumkan cadangan pengambilalihan dan pajakan Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) dengan jumlah RM125 juta, sekali gus meningkatkan lagi pendedahannya ke dalam segmen aset pendidikan K-12 swasta.
Transaksi yang dicadangkan melibatkan pemerolehan kepentingan pajakan vendor dalam tanah dan bangunan KYSKLEIS, yang terletak di dalam perbandaran KL East di Setapak, Kuala Lumpur,
Premis itu membentuk sebahagian daripada Pelan Induk KL East oleh Sime Darby Property, iaitu pembangunan perbandaran bersepadu yang terletak di kaki bukit Bukit Tabur dan Klang Gates Quartz Ridge.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar REIT, Zainal Iskandar berkata, cadangan pengambilalihan ini adalah langkah strategik dalam memperkukuhkan keterlihatan pendapatan dan daya tahan portfolio Hektar REIT.
“Struktur pajakan jangka panjang, ditambah dengan peningkatan sewa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
