Baru-baru ini, pengarah terkenal, Jurey Latiff Rosli berkongsi momen menziarahi pelakon Helmi Gimmick, yang kini sedang bertarung dengan ujian kanser buah pinggang tahap empat.
Hidap penyakit buah pinggang

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Jurey memaklumkan bahawa Helmi Gimmick, atau nama sebenarnya Helmi Harun, 65, dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang kirinya pada Khamis ini.
Hari ini saya berkesempatan menziarahi sahabat seni, Helmi Gimmick, yang sedang diuji dengan kanser buah pinggang tahap 4 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Seri Kembangan.
Insya-Allah, beliau dijadualkan menjalani pembedahan membuang satu buah pinggang pada hari Khamis depan.
Marilah kita sama-sama menitipkan doa agar segala urusan sahabat saya Helmi Gimmick dipermudahkan, pembedahan berjalan lancar, diberi kekuatan, ketabahan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.Ya Allah, Engkau Maha Penyembuh. Angkatlah kesakitan sahabat kami ini dan kurniakanlah kesihatan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: