
PETALING JAYA – Hengyuan Refining Company Berhad (Hengyuan) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM72.40
juta bagi suku kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025 (S4 TK25), melonjak lebih daripada dua belas kali ganda berbanding RM5.88 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu (S4 TK24).
Prestasi S4 TK25 disokong oleh peningkatan kecekapan loji yang mendorong hasil pengeluaran lebih tinggi. Syarikat juga mendapat manfaat daripada margin rekahan (crack margins) yang lebih kukuh untuk semua produk utama.
Hasil meningkat lima peratus kepada RM3.66 bilion pada S4 TK25, daripada RM3.48 bilion
pada S4 TK24.
Peningkatan hasil ini sebahagian besarnya disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih tinggi serta kestabilan operasi loji, sekali gus mengimbangi kesan harga produk yang lebih rendah dan penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat
berbanding ringgit Malaysia.
Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan berkata, prestasi perniagaan yang menggalakkan ini menandakan satu kejayaan bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: