Kool FM

‘Hentikan F1 Satu Kesilapan, Kos Bawa Balik Semula Lebih RM300 Juta Setahun’ – CEO Sepang


Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berpendapat bahawa adalah satu kesilapan bagi Malaysia untuk berhenti menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) di sini.

Shafriman berkata kini amat sukar untuk membawa kembali perlumbaan itu ke Sepang kerana terdapat senarai menunggu yang panjang untuk mendapatkan slot dalam kalendar F1, petik New Straits Times.

Baca Juga:

SIC kini sedang bersiap sedia untuk berunding mengenai pembaharuan kontrak hak penganjuran MotoGP bersama Dorna Sports.

'Hentikan F1 Satu Kesilapan, Kos Bawa Balik Semula Lebih RM300 Juta Setahun' – CEO Sepang
Sumber Gambar: BERNAMA via Harian Metro

“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Kita lepaskan F1 dan sekarang amat sukar untuk mendapatkannya semula. Saya harap kita tidak melakukan kesilapan yang sama dengan MotoGP,” kata Shafriman baru-baru ini.

“Terdapat senarai menunggu untuk masuk semula (F1) dan sudah tentu kosnya sangat tinggi. Kami pernah diberi anggaran yuran perlumbaan sebanyak USD70 juta (RM279 juta) oleh pemilik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version