Herbalife, sebuah jenama yang berdiri kukuh di pasaran tempatan sejak 20 tahun lalu bukan sahaja telah berkembang menjadi sebuah empayar yang membantu penggunanya menikmati kesejahteraan hidup yang sihat dan seimbang, malah berjaya mewujudkan satu platform untuk keusahawanan.
Syarikat yang bermula tahun 2006 daripada hanya sebuah komuniti kecil kini memiliki lebih 1,100 Nutrition Club di seluruh Malaysia yang mana ia bukan sekadar tempat berkumpul, tetapi juga ruang sokongan harian bagi masyarakat mendapatkan panduan, motivasi dan semangat untuk membina tabiat hidup yang lebih sihat.
Dari sudut tanggungjawab sosial pula, program Casa Herbalife telah membantu lebih 2,500 kanak-kanak melalui kerjasama rumah kebajikan tempatan, dengan jumlah sumbangan geran melebihi RM5 juta.

Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, dalam aspek perniagaan pula, sehingga tahun lalu, terdapat sekitar 70,000 pengedar aktif di Malaysia dan kira-kira 10.4…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: