PETALING JAYA – The Hershey Company (Hershey) telah membuka sebuah pusat kajian dan pembangunan (R&D) baharunya di Johor untuk memberi tumpuan terhadap operasinya di pasaran Asia Pasifik termasuk India, China, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (AEMEA).
Kemudahan terbesar yang terletak di luar Amerika Syarikat (AS) itu akan membolehkan Hershey membangun, menguji dan melancarkan produk-produk baharunya seiring dengan perubahan selera serta cita rasa pengguna di seluruh negara.
Naib Presiden AEMEA dan India Hershey, Herjit Bhalla berkata, pelaburan membina kemudahan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memacu pertumbuhan pasaran antarabangsanya.
“Pusat R&D baharu ini akan mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memahami pilihan pengguna di seluruh pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pembukaan pusat R&D baharu tersebut di Johor baru-baru ini.
Turut hadir Naib Presiden Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa Hershey,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: