SHAH ALAM – Bermodalkan hanya RM500, pemilik nama Hezuawani Tasaruddin tidak menyangka rezeki masih menyebelahi dirinya dalam perniagaan.
Pengasas sabun Arluna itu bukan saja berjaya menjual lebih 500,000 produk berkenaan, malah kini terus memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggannya di seluruh negara.
Namun, di sebalik kejayaan syarikat miliknya, Honeybella Enterprise (Honeybella), pelbagai dugaan dan ranjau terpaksa diharungi Hezuawani, 35, sepanjang diari hidup beliau.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu pernah menempuh detik hitam pada awal dunia perniagaan ketika menjual tudung dan pakaian kanak-kanak pada tahun 2017.
“Pada waktu itu, saya telah diduga dengan mengalami kerugian teruk apabila kedai dipecah masuk penjenayah. Pastinya ia meninggalkan seribu perasaan trauma untuk menjejakkan kaki ke premis berkenaan, tetapi demi kelangsungan hidup, ia perlu diteruskan,” katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.
Hezuawani yang enggan mengalah, mula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
