Sementara itu, KKM memberitahu lima negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah Selangor dengan 27,118 kes (27.2 peratus), diikuti Johor dengan 9,864 kes (9.9 peratus), Perak dengan 9,347 kes (9.4 peratus), Kelantan dengan 7,147 kes (7.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6,850 kes (6.9 peratus).
“Secara kumulatif, terdapat 2,649 wabak berbanding 1,339 wabak bagi tempoh sama pada 2024, iaitu peningkatan 49 peratus.
“Daripada keseluruhan wabak ini, sebanyak 578 berlaku di taska (22 peratus), 480 di tadika (18 peratus), 292 di tabika (11 peratus), dan 251 di pra-sekolah (9 peratus),” katanya.
Menurut KKM, 38,285 premis diperiksa di seluruh negara membabitkan taska, tadika, tabika, pra-sekolah dan rumah kediaman.
Daripada jumlah itu, sejumlah 1,140 (tiga peratus) premis diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], manakala 430 (satu peratus) premis lagi ditutup secara sukarela.
“Selain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: