PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) mencatat pertumbuhan positif dalam keputusan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 dengan pendapatannya bertambah sebanyak 61 peratus kepada RM20.3 juta berbanding RM12.4 juta tahun kewangan sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, pendapatan sebelum cukai juga menokok sebanyak 217 peratus kepada RM3.03 juta berbanding RM954,682 tempoh yang sama sebelumnya.
Menurut beliau, sebagai pelopor kaedah hibah dan penyedia hibah terbanyak di Malaysia, segmen tersebut menyumbang sebanyak 65 peratus daripada pendapatan syarikat dan dijangka terus menjadi penyumbang utama bagi tahun kewangan yang mendatang.
“Tahun kewangan 2020/21 adalah tahun yang paling mencabar kerana dalam tempoh tersebut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali pertama ekoran pandemik Covid-19.

“Dalam persekitaran yang tidak menentu itu, Wasiyyah telah berjaya melaluinya dengan melaksanakan pelbagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
