Kool FM

Hilang Tanpa Jejak? ‘Puteri Kembang Malam’ Bongkar Misteri Resort Terpencil


Tonton Original Series memperkenalkan Puteri Kembang Malam, sebuah drama seram psikologi 10 episod yang membawa kisah misteri, trauma dan manipulasi agama menerusi latar sebuah resort terpencil di Sabah.

Puteri Kembang Malam

Drama arahan Osman Ali dan Izuan Mokhtar ini menampilkan Fasha Sandha, Amylia Aidura, Ariana Yusof, Chacha Maembong, Arena Wan, Zairi Aziz dan Badron Munirah.

Kisah bermula apabila Aina (Amylia Aidura), Erin (Ariana Yusof), Maya (Chacha Maembong) dan Julia (Arena Wan) menyertai sebuah program pemulihan jiwa yang dikendalikan oleh Ustazah Ayuni (Fasha Sandha).

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mencari ketenangan berubah apabila pelbagai kejadian pelik mula berlaku sepanjang berada di resort tersebut.

Situasi menjadi semakin mencurigakan apabila berlaku kehilangan tanpa jejak dan rahsia lama mula terbongkar, sekali gus membuatkan mereka tertanya-tanya tentang tujuan sebenar program berkenaan.

Dalam masa sama, Aina perlu berdepan trauma masa lalu yang kembali…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version