Seorang pemandu BMW didenda RM5,500 selepas didapati bersalah menghilangkan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan pemandunya patah tangan.
Memetik Harian Metro, Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Christopher Lim Ka Hen, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Baca Juga:
Tertuduh yang juga kakitangan khidmat pelanggan turut diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta VBN 1189 didakwa memandu kenderaan berkenaan tanpa pertimbangan yang munasabah orang lain yang menggunakan jalan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Danga-Jalan Nusa Bestari, di sini, 3.10 pagi, 17 Januari lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: