Inisiatif Green Ramadan Hilton telah dilancarkan pada tahun 2023 di beberapa pasaran utama di Timur Tengah yang telah membawa kejayaan pengurangan sisa makanan sehingga 61 peratus dalam tempoh 30 hari.
Kejayaan itu telah diteruskan tahun lalu hingga ke 32 buah hotel di tujuh buah negara dan Hilton KL salah sebuah hotel yang menjadi perintis inisiatif tersebut di negara ini.
Selain Hilton KL, program tersebut telah dilaksanakan di Hilton Petaling Jaya, Doubletree by Hilton Damai Laut Resort dan juga Doubletree by Hilton Putrajaya.
Inisiatif berkenaan telah menunjukkan hasil yang positif ekoran peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengunjung termasuk kanak-kanak yang mengamalkan sikap serta disiplin untuk tidak membazirkan makanan yang diambil.
Pengurus Besar Hilton KL, Linda Pecararo berkata, pihaknya berbangga dan berpuas hati atas pencapaian program tersebut dan gembira kerana ia telah mendapat maklum balas positif daripada pengunjung.

“Kami berharap inisiatif ini akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
