PETALING JAYA – Hong Leong Bank (HLB) menjemput bakat baharu untuk menyertai pertandingan Can You Hack It Virtual Hackathon ASEAN Edition 2021 dan bersama-sama mencipta penyelesaian inovatif yang berfokuskan kepada tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG).
Ketua Pegawai Inovasi Digital HLB, Shailesh Grover berkata, acara hackathon maya itu bertujuan mendapatkan idea kreatif tentang bagaimana masyarakat di rantau ini mentafsirkan ESG.
Selain itu, acara tersebut juga adalah untuk melihat bagaimana teknologi dapat dimanfaatkan untuk menambah baik produk, perkhidmatan serta pengalaman bank digital.
Menurut beliau, program Can You Hack It itu direka bagi membolehkan peserta mengemukakan idea untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan bank, merekod dan mengesahkannya, sebelum menunjukkan bagaimana ia mampu berfungsi sebagai prototaip kepada panel eksekutif HLB dan juga kepada pemain industri teknologi kewangan.
“Memfokuskan kepada ESG, isu yang ditumpukan pada acara kali ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: