Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

HLB lanjutkan bantuan bayaran balik berjumlah RM33.4 bilion

today29 September 2021

Background


PETALING JAYA – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah melanjutkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman berjumlah RM33.4 bilion, terma­suk di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) setakat 17 September lalu.

HLB telah ­me­ngekalkan kadar kelulusan 100 peratus buat pelanggan layak yang memohon bantuan tersebut dan akan terus bekerjasama rapat dengan pe­minjam bagi memberi ke­legaan buat mereka yang memerlukan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, pihaknya akan terus menyokong pelanggan seperti mana yang telah dilakukan sejak permulaan pandemik pada Februari 2020.

“Kami sedar perjalanan pemulihan akan mengambil masa dan tidak sekata dan dalam masa yang sama aliran tunai juga akan menjadi kebimbangan utama bagi komuniti perniagaan serta golongan terjejas akibat penutupan ekonomi berpanjangan.

“Bagi memastikan ketangkasan dan fleksibiliti dalam ­menyokong pelanggan, kami telah meringkaskan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

MR D.I.Y. sumbang RM300 kepada 15,000 penuntut UM

PETALING JAYA – MR D.I.Y. akan menyumbang RM300 kepada hampir 15,000 penuntut Universiti Malaya (UM) menerusi program #DIY4UM de­ngan usaha sama Touch ‘n Go yang melibatkan bantuan tunai RM4.5 juta. Bantuan tunai itu akan diberikan melalui Touch ‘n Go eWallet dalam tiga kali bayaran iaitu sebanyak RM100 pada 1 dan 30 November diikuti 30 ­Disember. Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, program tersebut bertujuan membantu […]

today29 September 2021