Site icon Kool FM

Hon Jian-Haikal Cipta Sensasi Muncul Juara Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2023


Gandingan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terus mencuri tumpuan selepas mencipta kejutan muncul juara Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2023, sebentar tadi.

Lawan seterusnya yang menjadi mangsa pasangan muda tersebut ialah wakil dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito yang juga merupakan pilihan utama kejohanan.

Kenangan manis di bumi Lucknow, India itu menjadi kejuaraan sulung dimenangi Hon Jian-Haikal dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut.

Berdepan lawan yang berada di ranking ke-16 dunia jelas langsung tidak membuatkan gandingan negara itu gentar untuk beraksi.

Ia jelas dibuktikan dengan cabaran sengit diberikan pada set pertama meskipun mereka tewas 18-21 dalam tempoh 18 minit.

Aksi di set kedua pula menyaksikan Hon Jian dan Haikal memperkemaskan corak permainan serta kelihatan lebih agresif untuk memenangi set kedua 21-18 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaikan mendapat tonik berguna susulan kemenangan set kedua itu, Hon…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version