Kool FM

Honda HR-V ‘Facelift’ 2025 Debut Tiga Varian, Harga Bermula RM115,900


Hari ini Honda Malaysia melancarkan model serba baharu HR-V untuk pasaran tempatan.

Ia hadir dengan tiga pilihan varian, bermula RM115,900 (S), RM130,900 (E) dan RM143,900 (e:HEV RS).

Baca Juga:

Honda HR-V 'Facelift' 2025 Debut Tiga Varian, Harga Bermula RM115,900

HR-V Serba Baharu menawarkan pengalaman pemanduan yang serba boleh menerusi tiga jenis trenkuasa berbeza. Enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC menghasilkan 121PS dan 145Nm tork, memberikan gabungan seimbang antara kepraktisan dan kecekapan.

Untuk prestasi lebih bertenaga, enjin 1.5L VTEC Turbocharged menawarkan kuasa 181PS dan 240Nm tork, dengan pecutan yang lancar serta rasa pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan.

Sementara bagi mereka yang memilih teknologi hibrid, trenkuasa hibrid canggih 1.5L e:HEV menghasilkan 131PS dan 253Nm tork, menawarkan prestasi hibrid yang mantap serta peralihan lancar antara mod pemanduan EV, Hibrid dan Enjin.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: