Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hong Myung Bo Disambut Dengan Cacian, Terima Ugutan B*nuh, Banyak Premis Haramkan Dia Masuk

today30 June 2026

Background
Hong Myung Bo


Kepulangan Hong Myung Bo ke Korea Selatan, telah disambut ratusan peminat bola sepak di negara itu. Sambutan kali ini bukan seperti sambutan mesra, sebaliknya penuh cacian dan makian.

Peminat Korea Selatan biasanya berkumpul di lapangan terbang menyambut pasukan mereka setiap kali Taeguk Warrior pulang daripada tugasan Piala Dunia mereka, dengan semangat sokongan dan kebanggaan.

Tetapi kali ini berbeza. Tiada sambutan meminta tandatangan atau sambutan yang meraikan pasukan mereka sebagai penghargaan setelah berjaya layak beraksi di pentas tertinggi.

Yang tinggal sambutan panas dan penuh toksik.

Kegagalan Korea Selatan melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia 2026 dianggap bencana.

L’Equipe melaporkan, ketika Hong Myung Bo tiba, dia diherdik dan dimarahi. Sebelum itu polis sudah memperketatkan kawalan keselamatan ke atas legenda sejati Korea Selatan itu, selepas beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman termasuk mahu mencabut nyawanya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Romero kembali tepat pada masanya

Kansas City: Argentina menerima khabar gembira menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Cape Verde apabila pertahanan utama, Cristian Romero kembali menjalani latihan penuh bersama skuad, hari ini.

today30 June 2026