PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) telah mengambil alih Alliance EV Sdn. Bhd. (AEV), cabang perniagaan kenderaan elektrik (EV) CSH Alliance Berhad untuk melengkapkan kerjasama terbaharu Kumpulan dengan EoCell Inc (USA) (EoCell) dalam pembuatan bateri (EV).
Pengambilalihan tersebut dibuat melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) dengan EoCell bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pihak membina dan mewujudkan hab pembuatan serantau di Malaysia bagi pengeluaran bateri EV.
Ia juga akan diteruskan dengan menyediakan penyelesaian storan kuasa lain untuk EV dan menjadi pembekal kepada pengilang, pemasang, serta pengguna EV di rantau Asia Tenggara.
EoCell adalah pemain utama dalam sektor ini kerana keunggulan teknologinya dalam penyelesaian penyimpanan tenaga dan hubungan kerjasama pembuatan di Eropah dan Amerika untuk pasaran tempatan di sana.
Ia juga merupakan penyumbang utama dalam reka bentuk kepada pembuatan bateri PHEV dan EV jenama kereta Eropah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: