PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan EoCell Inc. (EoCell) untuk membangunkan hab pembuatan serantau di Malaysia.
Hab tersebut adalah pusat pengeluaran bateri untuk kenderaan elektrik (EV) dan memajukan penyelesaian penyimpanan tenaga (ESS) untuk dibekalkan kepada pengilang, pemasang serta pengguna EV di rantau Asia Tenggara.
Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng, Datuk Seri Teoh Hai Hin berkata, EoCell adalah syarikat teknologi bateri generasi akan datang dengan pasukan pakar bateri bertaraf dunia.
Menurut beliau, jurutera EoCell telah menjadi penyumbang utama kepada reka bentuk dan pembuatan bateri PHEV dan EV untuk jenama berprestij seperti BMW, VW, Audi, Porsche dan Daimler.

“Mereka adalah perintis dalam pergerakan elektrifikasi dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk mereka bentuk dan membangunkan bateri EV bertaraf dunia untuk dihasilkan di kilang kami.
“MoU ini bakal memberi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
