Kota Kinabalu: Kerajaan negeri mengakui beberapa hospital Covid-19 di Sabah, khususnya di bandar raya ini dan Sandakan menampung kapasiti pesakit yang tinggi.
Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, keadaan itu tidak berlaku sepanjang masa kerana ada pesakit dibenarkan keluar wad setiap hari.
“Secara keseluruhannya tiada masalah katil tidak mencukupi di hospital di Sabah setakat ini tetapi kita mengakui kapasiti pesakit di beberapa hospital…