Iklan harga pakej kahwin di sebuah hotel di Johor Bahru telah menimbulkan kontroversi apabila kos yang ditawarkan berbeza mengikut bangsa.
Menurut MSN, iklan yang dipaparkan oleh Berjaya Waterfront Hotel itu menimbulkan tanda tanya dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen di subreddit r/malaysia.
Tiga harga pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah RM788 bagi setiap meja untuk majlis perkahwinan Melayu, RM1,888 bagi majlis perkahwinan Cina, dan RM1,388 untuk majlis perkahwinan India.
Perbezaan ketara dalam harga ini menimbulkan persoalan mengenai rasional di sebalik struktur harga yang berbeza mengikut kaum.
Walaupun pada pandangan awal, perbezaan harga ini mungkin kelihatan tidak adil, beberapa netizen di subreddit cuba menjelaskan faktor di sebalik perbezaan harga ini.
Seorang pengguna menyatakan bahawa harga lebih rendah untuk perkahwinan Melayu mungkin disebabkan oleh faktor ketiadaan minuman keras.
Namun, perbincangan ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: