PETALING JAYA – HOYA Malaysia telah meneruskan misinya untuk melindungi penglihatan generasi muda melalui inisiatifnya, A Million Visions, selepas berjaya mencatat kejayaan dalam pelancaran sulung acaranya pada tahun 2024.
Inisiatif ini dilancarkan bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2025 yang mana kempen tersebut bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mata kanak-kanak serta memberi perhatian terhadap isu myopia yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Kempen A Millions Visions telah bermula pada 16 hingga 22 Oktober 2025 ini dengan menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan rakyat mengambil langkah pertama dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka dengan memahami kepentingan pengesanan awal serta mendapatkan penilaian profesional…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
