KUALA LUMPUR – HQC Commerce Sdn. Bhd. (HQC) membantu lebih 1,300 syarikat tempatan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak mula dilantik sebagai rakan pembimbing pada tahun 2018.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khairul Shahril Hamzah berkata, daripada jumlah itu, hampir 90 peratus pelanggannya terdiri daripada syarikat bukan bumiputera.
Menurut beliau, berdasarkan persekitaran ekonomi semasa dan permintaan terhadap industri halal yang semakin berkembang, syarikat menyasarkan untuk membantu kira-kira 100 perusahaan ke arah pensijilan halal masing-masing pada tahun ini.
“Kami bekerjasama erat dengan pelanggan dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar mengikut garis panduan diperlukan dalam permohonan dan membantu mereka menyediakan khidmat rundingan dalam proses penyediaan dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jakim.

“Perkhidmatan kami bukan sekadar memberikan nasihat, kami juga mengendalikan proses sebenar praaudit dan mengaudit secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: