PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) melalui anak syarikat milik penuhnya, HS Bio Sdn. Bhd. (HS Bio) telah menandatangani perjajian induk untuk memiliki kepentingan 51 peratus dalam Pow Pocket Sdn. Bhd. (Pow Pocket).
Perjanjian tersebut melibatkan pembelian ekuiti bernilai RM200 juta.
Pow Pocket adalah syarikat yang terbabit dengan aktiviti perniagaan berkaitan teknologi kesihatan yang mana ia merupakan enjin kesihatan digital berasaskan web yang didedikasikan untuk pemeriksaan, vaksinasi, dan kesihatan digital Covid-19.
Selain itu, Pow Pocket juga mengendalikan portal ImmuPlan, platform digital eksklusif untuk pelancaran vaksinasi awam dan swasta di negeri Johor di bawah bimbingan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation.
Pengerusi Bukan Eksekutif Hong Seng, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, cadangan pemerolehan ini merupakan langkah strategik untuk bekerjasama secara eksklusif dan memperkukuhkan sinergi dengan anak syarikat kesihatannya yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
