Kool FM

HUAWEI Watch GT 6 Kini Hadir Dengan Fungsi Waktu Solat Malaysia


Pernah tak masa tengah sibuk di luar, tiba-tiba terfikir “Eh, dah masuk waktu Zohor ke belum?” Tapi masa itu pula telefon dalam beg, bateri nak habis, atau tengah dalam mode ‘fokus’ tak nak diganggu.

Sekarang, semua itu bukan lagi masalah sebabnya HUAWEI baru sahaja memperkenalkan Waktu Solat Malaysia App, khas untuk pengguna HUAWEI Wearables di Malaysia!

Menariknya fungsi ini dibangunkan eksklusif untuk pengguna di Malaysia, menjadikan HUAWEI sebagai antara jenama smartwatch pertama yang benar-benar memahami keperluan gaya hidup Muslim moden.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Kini Di Pergelangan Tangan Anda

HUAWEI

Melalui Waktu Solat Malaysia App, pengguna boleh menikmati kemudahan:

  1. Paparan waktu solat harian terus di smartwatch
  2. Arah Qiblat (untuk model terpilih)
  3. Rujukan doa dan kandungan Islamik
  4. Notifikasi masuk waktu solat, terus di pergelangan tangan

Tidak perlu lagi buka telefon setiap kali nak semak waktu.

Semuanya tersedia di smartwatch anda…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version