Hubungan Kuala Lumpur dan Hanoi kini dalam situasi panas selepas Malaysia mendakwa Vietnam cuba memperluaskan wilayah di Terumbu Karang Barque Canada, sebuah kawasan yang turut dituntut oleh kedua-dua negara di Laut China Selatan (LCS).
Menurut laporan Reuters, Malaysia telah menghantar surat aduan rasmi kepada Kementerian Luar Negeri Vietnam pada awal Oktober, namun sehingga kini, aduan tersebut masih belum menerima maklum balas dari pihak Vietnam.
Terumbu Karang Barque Canada merupakan salah satu pulau kecil dalam Kepulauan Spratly, yang menjadi kawasan penuh konflik akibat pelbagai tuntutan kedaulatan.
Malaysia mengkritik tindakan Vietnam yang dikatakan memperluaskan pulau kecil ini, walaupun aduan itu tidak merujuk secara langsung kepada pembangunan infrastruktur seperti landasan udara yang baru-baru ini dilaporkan oleh Radio Free Asia sedang dalam pembinaan di kawasan yang sama.
Kepulauan Spratly sememangnya menjadi isu di perairan Laut China…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: