Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kejadian kurang menyenangkan dialami guru Pendidikan Agama Islam, Akbar Sarosa setelah dia dilaporkan kepada polis oleh salah seorang ibu bapa pelajarnya, lapor Tribunnews.
Artikel Berkaitan:
Alasan ibu bapa melaporkan Akbar, guru di SMK Negeri 1 Taliwang, Sumbawa Barat, Indonesia adalah kerana tidak boleh menerima anak mereka dihukum kerana tidak hadir solat berjemaah.
Kejadian ini menjadi tular di Indonesia bukan sahaja disebabkan kelakuan ibu bapa tersebut, tetapi guru itu juga diugut ibu bapa pelajar berkenaan dengan saman sebanyak IDR 50 juta (RM15,000).
“Encik Akbar dilaporkan oleh ibu bapa kerana anaknya dihukum kerana tidak mahu disuruh solat, semoga En Akbar mendapat keadilan,” tulis akaun TikTok @deni_ali28.
Akaun TikTok terbabit turut meminta sokongan dan doa daripada netizen agar rakan gurunya mendapat keadilan.
“Perbicaraan ditangguhkan sehingga minggu depan, dalam kes Encik Akbar, yang disaman 50 juta oleh ibu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: