Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hukum Satukan Duit Raya Anak & Bahagi Sama Rata, Ini Penjelasan Ustaz Yang Anda Perlu Tahu

today10 April 2025

Background


Menerusi hantaran di Facebook, Ustaz Hafiz al-Za’farani memaklumkan jika ibu atau bapa pernah terguna duit raya anak, maka mereka wajib membayar semula kerana itu merupakan hak anak sepenuhnya.

“Duit raya anak, adalah milik peribadi anak tersebut. Tidak boleh diambil oleh ibu bapa untuk kegunaan lain. Ketika ibu bapa menyimpan duit tersebut, mereka sebenarnya bertindak sebagai pemegang amanah bagi duit anak-anak yang masih kecil.

“Sebagai pemegang amanah, mereka bertanggungjawab menguruskan wang itu dengan jujur dan sebaik mungkin demi kepentingan anak-anak.

“Disebabkan itu juga, tidak boleh dicampur duit raya anak-anak dan kemudiannya dibahagi sama rata. Hal ini kerana setiap anak mempunyai hak kepada duit masing-masing, kita tidak berhak untuk mengambil duit daripada si abang untuk dibahagi kepada adik.

“Waimma, dengan izin anak yang masih kecil tersebut kerana diusia itu, si anak tidak tahu menilai lagi dan syarak juga tidak mengiktiraf pelepasan hak oleh anak-anak yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Katie, Amanda ‘panaskan’ New York

New York: Katie Taylor dan Amanda Serrano sekali lagi membakar semangat menjelang trilogi yang dinanti-nantikan apabila kedua-dua jaguh tinju wanita itu berbalas kenyataan panas dalam satu acara media di New York, awal pagi tadi.

today10 April 2025